Cari @ Amanz

Dengan persaingan sengit dalam arena peranti mudah-alih, salah satu komponen utama yang dilihat pembeli adalah sokongan kemaskini untuk peranti yang dibeli mereka. Kini, nampaknya pihak Asus turut tidak ingin ketinggalan, dan telah mula memperkenalkan kemaskini Android 7.0 Nougat untuk peranti Zenfone 3.

Buat masa ini, pihak Asus Filipina telah mengesahkan pengenalan kemaskini Android 7.0 Nougat ini untuk Zenfone 3 dengan skrin bersaiz 5.2-inci dan juga 5.5-inci.

Zenfone 3 Nougat

Melalui kemaskini ini, ia menawarkan pengoptimasian pada penggunaan bateri, prestasi bateri yang lebih baik lagi – selain pada masa yang sama menawarkan sedikit kemaskini pada antaramuka, termasuk kemudahan untuk menggunakan multiwindow.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Asus Malaysia akan menawarkannya. Memandangkan pengguna di Filipina sudah mula menerimanya, mungkin kita akan melihat ia ditawarkan di Malaysia dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd