Carian
Permainan Xbox One Dan PC Scalebound Dibatalkan Pembangunannya
January 10, 2017 Effi Saharudin

Permainan Scalebound yang dihasilkan untuk Xbox One dan PC secara rasmi dibatalkan pembangunanya. Ia dibangunkan oleh Platinum Games yang sebelum ini menghasilkan Bayonetta, Metal Gear Rising Revengence dan Star Fox Zero. Pembatalan terpaksa dilakukan kerana ketidaksefahaman di antara Platinum Games dan Microsoft.

Permainan aksi RPG ini sudah di dalam pembangunan sejak 2013. Pemain boleh mengawal seekor dan dan bekerjasama melakukan misi bersama tiga lagi teman di atas talian.  Ia dihasilkan di bawah arahan Hideki Kamiya dan pada asalnya mula dijual pada penghujung 2016. Pembatalan permainan ini mengecewakan kerana ia amat dinantikan oleh peminat Hideki Kamiya dan pemilik Xbox One.

Komen