Cari @ Amanz

Sony hari ini telah memperkenalkan variasi konsol mereka terbaru, iaitu PlayStation 4 dengan rekaan nipis dalam pilihan warna putih, atau apa yang dipanggil oleh Sony sebagai “Glacier White”.

PlayStation 4

Penawaran konsol berkenaan yang lain adalah sama, dan perbezaan adalah hanya pada warna konsol sahaja. Konsol PS4 Slim berwarna putih ini akan ditawarkan di Malaysia bermula 19 Januari 2017 kelak. Versi 500GB akan dijual pada harga RM1349, sementara versi 1TB pada harga RM1499.

Bersama-sama dengannya juga, pihak Sony menawarkan alat kawalan tanpa wayar mereka, DualShock 4 dalam pilihan warna putih, selain penambahan pilihan warna “Green Camouflage”.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd