HTC Hadir Dengan Teaser Baru Untuk Pengenalan Peranti Pada 12 Januari – Menekankan Pada “U”
HTC

HTC Hadir Dengan Teaser Baru Untuk Pengenalan Peranti Pada 12 Januari – Menekankan Pada “U”

Diterbitkan pada Jan 11, 2017 oleh .

HTC merupakan salah satu syarikat yang dulunya dibandingkan dengan Samsung, namun makin hilang popularitinya dari hari ke hari. Walaubagaimanapun, mereka tidak dilupakan, dan sering hadir dengan beberapa penawaran baru untuk pengguna.

Terkini, mereka sedia menjadualkan sebuah acara khusus untuk pengenalan peranti pada 12 Januari 2017 – iaitu esok, dan hari ini mereka telah hadir dengan sebuah teaser khas untuknya. Tiada sebarang gambar peranti yang diperlihatkan – dan mereka lebih memfokuskan kepada perkataan “U”.

Desas-desus sedia mengatakan mereka akan hadir dengan peranti dibawah keluarga HTC U, dan mungkin ini lebih memberikan petanda untuknya.

HTC akan memperkenalkan peranti mereka secara rasminya esok, pukul 4 petang – dan ia bakal disiarkan secara langsung melalui halaman YouTube rasmi HTC.


TIPS & ULASAN