Airbnb Membuat Pelaburan Pada Aplikasi Tempahan Restoran – Resy

Airbnb Membuat Pelaburan Pada Aplikasi Tempahan Restoran – Resy

Diterbitkan pada Jan 11, 2017 oleh .

Airbnb dilihat sedang memperluaskan penawaran perkhidmatan mereka daripada hanya tempahan tempat tinggal sementara semata-mata kepada penawaran kemudahan untuk menguruskan percutian sepenuhnya. Airbnb sedia dikatakan bakal memudahkan pengguna membuat tempahan penerbangan, dan kini mereka turut membuat pelaburan pada Resy.

Resy merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan membuat tempahan restoran – dan hanya beroperasi di Amerika Syarikat sahaja. Namun, dengan pelaburan daripada Airbnb ini, tidak mustahil kita melihat ia diperkembangkan kepada pelbagai pasaran lain.

Pihak Airbnb sendiri mengatakan mereka bakal mengintegrasikan Resy pada aplikasi mereka dalam memudahkan pengguna membuat tempahan restoran ketika sedang melawat sesuatu lokasi.


TIPS & ULASAN