Januari 2017 tiba dan masa untuk melihat peratusan penggunaan versi-versi Android di seluruh dunia. Android Nougat meningkat ke 0.7%. Ini ialah peningkatan hampir sekali ganda dari 0.4% bulan lalu. Sistem operasi yang paling popular Lollipop dengan 33.4% diikuti oleh Marshmallow (39.6%) dan KitKat (22.65%). Perkembangan paling menarik ialah akhirnya peratusan penggunaan Froyo kurang dari 0.1% dan tidak lagi dikira. Apakah sistem operasi Android yang digunakan pada peranti anda sekarang?
Peratusan Penggunaan Android Nougat Mencecah 0.7% Dan Froyo Akhirnya Pupus
Kongsi
Komen ()
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd