Samsung All-In-One Dilancarkan Dengan Soundbar Terbina

Samsung All-In-One Dilancarkan Dengan Soundbar Terbina

Diterbitkan pada Jan 11, 2017 oleh .

Samsung melancarkan AIO terbaru mereka hari ini menerusi sebuah video di YouTube. Samsung All-In-One ialah sebuah AIO dengan soundbar terbina. Ia dilengkapi skrin 24″ HD Penuh, pemproses 2.4GHz Intel Core i5-7400T (35W), RAM sehinga 16 Gigabyte dan storan cakera keras  1 Terabyte.

Bahagian skrin boleh didongakkan ke atas dan ke bawah mengikut keselesaan pengguna. Soundbar yang terbina terdiri daripada dua pembesar suara 10 Watt yang masih boleh berfungsi sebagai pembesar suara Bluetooth walaupun ketika komputer tidak dihidupkan. Sokongan SideSync membolehkan skrin peranti Samsung lain dipaparkan pada skrin untuk memudahkan integrasi ketika kerja. Tiada maklumat mengenai tarikh dan harga jualan setakat ini.

 


TIPS & ULASAN