Kemaskini Android Nougat Untuk Galaxy S7 Edge Dijangka Mula Ditawarkan Mulai 17 Januari Ini

Kemaskini Android Nougat Untuk Galaxy S7 Edge Dijangka Mula Ditawarkan Mulai 17 Januari Ini

Diterbitkan pada Jan 11, 2017 oleh .

Seperti yang kami laporkan pagi tadi peratusan penggunaan Android Nougat hanya mencecah 0.7% sehingga awal bulan ini. Ini masih lagi peratusan yang amat rendah bagi sistem operasi yang sudah wujud lebih daripada dua bulan. Kepada pemilik Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge, kemas kini ke Android Nougat mungkin akan diterima seawal 17 Januari ini.

Info ini hadir berdasarkan notifikasi yang diterima pengguna peranti S7 Edge di Turki. Seperti biasa kemaskini diberikan mengikut pasaran secara berperingkat. Peranti S7 Edge dan S7 akan melompat terus ke Android 7.1.1 dengan antaramuka Grace UX. Sistem Always On Display yang ditemui pada Galaxy Note 7 dan Samsung Galaxy A 2017 juga turut akan diberikan. Teruskan bersama Amanz untuk mendapatkan maklumat mengenai kemaskini Nougat untuk peranti ini di Malaysia.


Samsung Menawarkan Aplikasi Secure Folder Untuk Pengguna Galaxy S7

Samsung kini telah mula menawarkan aplikasi dan fungsi Secure Folder kepada semua pengguna telefon pintar Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge – sekaligus membuatkan dokumen dan fail pada telefon pintar anda yang berkenaan itu lebih selamat dan terlindung daripada pihak yang tidak sepatutnya. Melalui Secure Folder, ia menambah sebuah ruangan khusus untuk anda menyimpan data […]


7 Fungsi Baru Android Nougat Pada Samsung Galaxy S7 Edge

Kemas kini Nougat untuk Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge akhirnya tiba di Malaysia semalam. Seperti yang dijanjikan antaramuka Grace UX yang sebelum ini ditemui pada Galaxy Note 7 diberikan. Ia lebih kemas dan minimalis berbanding antaramuka sebelum ini. Ini bukanlah satu-satunya fungsi baru yang diberikan oleh Samsung kepada pengguna Galaxy S7. Di bawah ialah beberapa fungsi baru yang mungkin tidak anda sedari disertakan bersama Android Nougat.


Samsung Berkongsi Fungsi Baru Melalui Kemaskini Nougat Untuk Galaxy S7 Dan Galaxy S7 Edge

Samsung hari ini secara rasminya mengumumkan pengenalan kemaskini Android Nougat untuk telefon pintar Galaxy S7 dan juga Galaxy S7 Edge. Bersama-sama pengumuman berkenaan, pihak Samsung turut berkongsi mengenai ciri-ciri baru yang hadir bersama-sama peranti berkenaan.


Kemas Kini Nougat Mula Diterima Pengguna Samsung Galaxy S7 Edge Dan S7

Kemas kini ke Android Nougat mula diterima pengguna Samsung Galaxy S7 Egde dan S7 bermula hari ini. Buat masa ini Samsung memberikan kemas kini kepada peranti yang menyertai program ujian Beta yang berakhir pada penghujung bulan lalu. Saiz kemas kini bagi pengguna beta ialah sekitar 214 Megabyte


Kemaskini Android Nougat Untuk Galaxy S7 Edge Dijangka Mula Ditawarkan Mulai 17 Januari Ini

Seperti yang kami laporkan pagi tadi peratusan penggunaan Android Nougat hanya mencecah 0.7% sehingga awal bulan ini. Ini masih lagi peratusan yang amat rendah bagi sistem operasi yang sudah wujud lebih daripada dua bulan. Kepada pemilik Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge, kemas kini ke Android Nougat mungkin akan diterima seawal 17 Januari ini.


Manual Rasmi Samsung Galaxy S7 Mula Memperlihatkan Antaramuka Nougat

Ujian Beta Android Nougat untuk Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge sudah berakhir. Kemas kini rasmi dijangka akan diberikan pada bulan ini . Setakat ini apa yang diketahui ialah antaramuka Grace UX yang sebelum ini digunakan pada Note 7 akan diberikan berserta lompatan terus ke versi Android 7.1.1.


Majoriti Pengguna Galaxy Note 7 Korea Selatan Memilih Untuk Berpindah Ke Galaxy S7

Apple diramalkan akan menerima peningkatan jualan 8 Juta peranti iPhone 7 selepas penarikan semula Samsung Galaxy Note 7 dari pasaran. Tetapi menurut penganalisa Atlas Research & Consulting, majoriti pengguna phablet ini memilih untuk setia bersama Samsung dan memilih Galaxy S7 dan S7 Edge. Di Korea Selatan S7 menjadi peranti paling laku jualannya dari 6 sehingga 12 Oktober yang lalu. Secara purata sebanyak 15000 unit S7 terjual di Korea Selatan setiap hari.


Sistem Always On Display Samsung Galaxy S7 Dikemas Kini Untuk Kelihatan Seperti Note 7

Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge ialah dua peranti yang ditawarkan sebagai pengganti kepada pengguna Galaxy Note 7. Sungguhpun begitu terdapat banyak fungsi baru Note 7 yang tiada pada peranti utama ini. Tetapi salah satu fungsi baru Note 7 ia akhirnya ditawarkan pada S7 dan S7 Edge. Sistem skrin kekunci Always On Display akhirnya dikemas kini pada kedua-dua peranti dan menyamai fungsi yang ditemui pada Note 7.


Samsung Meningkatkan Penghasilan Galaxy S7 Bagi Mengisi Kekosongan Ditinggalkan Note 7

Kemelut Galaxy Note 7 sudah berakhir. Bagi memenuhi permintaan pengguna untuk peranti utama Samsung untuk suku kedua 2016, Samsung dilaporkan meningkatkan penghasilan Galaxy S7 dan S7 Edge. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, mereka pada awalnya diramalkan menjual sehingga 14 Juta unit Note 7 pada suku ini. Penarikan semula peranti mewujudkan vakum di pasaran dan kerugian sehingga $17 Billion kepada syarikat gergasi Korea Selatan ini.


Galaxy S7 Dan S7 Edge Akan Menerima Antaramuka Grace UX Dengan Kemas Kini Nougat

Samsung Galaxy Note 7 kami telahpun dipulangkan kepada pihak Samsung selepas masalah bateri yang cukup diketahui ramai. Kami kini kembali menggunakan S7 Edge untuk kegunaan harian. S7 Edge ialah peranti yang bagus tetapi kami amat merindui antaramuka Grace UX yang digunakan pada Note 7. Ia jauh lebih kemas, cantik, lancar dan mempunyai skema warna yang moden.


Jualan Galaxy S7 Melangkaui Jualan iPhone 6S Di Amerika Syarikat

Jualan peranti iPhone di Amerika Syarikat adalah sentiasa tinggi. Tahun demi tahun peranti keluaran Apple ini menjadi pilihan pengguna di sana kerana kelancaran operasi dan sokongan aplikasi yang lebih baik. Tahun ini berlaku sedikit kejutan apabila jualan Galaxy S7 dan S7 Edge dilaporkan melangkaui iPhone 6S dan 6S Plus di antara bulan Mac hingga Mei.


Samsung Galaxy S7 Akan Mula Dijual Di Malaysia Mulai Esok – Berharga RM2699

Samsung Malaysia sebelum ini telah menawarkan Galaxy S7 Edge untuk pasaran tempatan, dan tidak berkongsi mengenai penawaran Galaxy S7 versi biasa ketika itu. Kini, selepas beberapa minggu, Samsung Malaysia juga kini berkongsi secara rasmi mereka akan mula menawarkan Galaxy S7 versi biasa bermula esok – 29 April 2016.


Samsung Memperkenalkan Galaxy S7 Dan Galaxy S7 Edge Dalam Pilihan Warna Merah Jambu Emas

Samsung hari ini telah menambah penawaran variasi warna untuk telefon pintar terbaru mereka, iaitu Galaxy S7 dan juga Galaxy S7 Edge. Kini, ia hadir dalam pilihan warna merah jambu emas, dan telah mula ditawarkan di Korea Selatan.


Samsung Galaxy S7 Dengan Cip Exynos 8890 Lebih Pantas Daripada Versi Snapdragon 820

Tidak seperti Galaxy S6, Samsung Galaxy S7 & S7 Edge hadir dengan versi yang menggunakan dua cip pemproses berbeza bergantung kepada pasaran. Di Amerika Syarikat cip empat teras Snapdragon 820 digunakan manakala di Malaysia cip lapan teras Exynos 8890 pula digunakan. Beberapa video mula muncul menunjukkan perbezaan kepantasan peranti dengan dua cip berbeza ini.


Samsung Galaxy S7 Dan S7 Edge Bersalut Emas Kini Boleh Dimiliki

Emas ialah simbol kekayaan dan status seseorang individu di dalam masyarakat sejak beribu-ribu tahun. Golongan bangsawan memakai barang kemas diperbuat daripada emas untuk menunjukkan mereka berhad memerintah. Di benua Amerika Selatan pula, emas ianya penyebab mengapa tamadun Aztek lenyap dari muka bumi kerana diserang Sepanyol.


Pra-tempahan Samsung Galaxy S7 Melangkaui Jangkaan Dan S7 Edge Lebih Banyak Ditempah

Tinggal hanya lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum Samsung Galaxy S7 Edge dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Promosi pra-tempahan di Malaysia mendapat sambutan luar biasa sehingga Samsung melakukan dua sesi kepada pengguna untuk memilikinya pada harga yang lebih murah dari harga pasaran. Seperti di Malaysia sambutan terhadap dua peranti ini turut melangkaui jangkaan.


Pengesan Lembapan Pada Samsung Galaxy S7 Mengelakkan Peranti Dicas Sekiranya Basah

Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge ialah peranti pertama Samsung yang mempunyai ketahanan kalis air IP68 walaupun port pengecasan MikroUSB yang digunakan terbuka. Ini berbeza dengan rekaan pintu tertutup pada Galaxy S5 dua tahun yang lalu. Samsung nampaknya meletakkan pengesan lembapan (moisture sensor) pada port pengecasan S7 ini bagi mengelakkan berlakunya litar pintas


Sebanyak 8 Gigabyte Storan Sudah Terpakai Di Dalam Setiap Samsung Galaxy S7

Trend pasaran sekarang ialah muatan dalaman peranti utama bermula dari 32 Gigabyte. Ini adalah kerana kebanyakannya mampu mengambil video 4K yang bersaiz besar dan pengeluar tidak mahu pengguna kekurangan storan. Dari hari pertama lagi muatan dalaman yang digunakan pasti lebih kecil dari yang diiklankan kerana telah digunakan untuk mengisi aplikasi terbina pengeluar.


Samsung Galaxy S7 Tidak Menyokong Pengecasan Pantas QuickCharge 3.0

Pemproses Snapdragon 820 ialah pilihan kebanyakan pengeluar untuk peranti utama mereka tahun ini. Xiaomi Mi 5, LG G5, Vivo Xplay 5 Flagship Edition dan Samsung Galaxy S7 ialah contoh peranti yang menggunakan pemproses terkini Qualcomm ini. Selain kuasa memproses lebih baik dan ketiadaan masalah kepanasam, Snapdragon 820 juga memperkenalkan sistem pengecasan pantas QuickCharge 3.0 yang lebih pantas berbanding sistem terdahulu.


Kamera Peranti Manakah Lebih Baik – Samsung Galaxy S7 Atau Apple iPhone 6S ?

Setiap kali peranti baru Android dikeluarkan, soalan yang akan ditanyakan ialah adakah ia lebih baik berbanding yang digunakan pada iPhone. Sejak tahun lalu beberapa peranti utama Android dengan mudah mengatasi kemampuan kamera peranti utama Apple. Sehingga penghujung 2015, Xperia Z5 dikatakan mempunyai kemampuan kamera terbaik diikuti pula oleh Samsung Galaxy Note 5.

TIPS & ULASAN