Cari @ Amanz

Selain Nokia, HTC ialah pengeluar yang mempunyai tempat yang istimewa di hati kami. HTC One M7 yang mereka lancarkan pada tahun 2013 memulakan trend peranti bertubuh aluminium sepenuhnya pada platform Android. Nasib tidak menyebelahi HTC sejak kebelakangan ini dengan jualan yang semakin merudum. Tahun lalu mereka telah mencatatkan pendapatan terendah dalam tempoh 11 tahun.

Mereka mencatatkan pendapatan sebanyak NT $78.16 Billion (~RM 11 Billion). Ini ialah penurunan sebanyak 35% berbanding pendapatan sepanjang 2015. Hanya lima tahun yang lalu mereka mencatatkan pendapatan tertinggi NT$ 465.7 Billion (RM 65 Billion). Jelas sekali HTC memerlukan produk yang baik bagi memikat semula pengguna yang sudah berpindah ke pengeluar lain.

Pada pendapat anda apakah faktor yang menyebabkan kejatuhan HTC sejak kebelakangan ini?  Bagi kami kekurangan promosi menyebabkan pengguna tidak mengetahui kewujudan peranti mereka. HTC 10 yang kami ulas tahun lalu ialah peranti yang baik tetapi tidak pernah kami lihat digunakan oleh orang ramai.

 

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd