Carousell Mengambil-Alih Duriana Dalam Usaha Mengukuhkan Kedudukan Di Arena Jual-Beli

Carousell Mengambil-Alih Duriana Dalam Usaha Mengukuhkan Kedudukan Di Arena Jual-Beli

Diterbitkan pada Jan 11, 2017 oleh .

Carousell merupakan salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan jual-beli melalui aplikasi mudah-alih mereka. Terkini, dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena berkenaan, Carousell dilihat telah mengambil-alih salah satu perkhidmatan yang lebih kurang sama yang dibangunkan di Malaysia, iaitu Duriana.

Carousell sendiri telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada penghujung 2014 yang lepas, dan mereka telah menerima suntikan dana mencapai $35 juta pada bulan Ogos 2016. Menurut Carousell, kini dengan pengambil-alihan Duriana, mereka mengukuhkan kedudukan dan menjadi penyedia perkhidmatan jual-beli mudah-alih dengan penyenaraian barangan mencapai lebih 5 juta penyenaraian.

Carousell mengatakan selepas pengambil-alihan ini, pengguna Duriana boleh menjual dan membeli barangan pada laman Carousell, sekaligus menjadikan Carousell salah satu laman jual-beli terkemuka bukan sahaja di peringkat tempatan, tetapi di peringkat global.

Selain Carousell, salah satu perkhidmatan seumpamanya yang turut memfokuskan kepada pasaran tempatan adalah Shopee.

TIPS & ULASAN