Informasi Teknologi Terkini

Xiaomi Mi Mix yang dilancarkan Oktober lalu adalah peranti dengan peratusan permukaan skrin terbesar ialah sekitar 91.3%. Ini dilakukan dengan menggunakan bezel yang nipis, membuang bahagian dahi dan saiz dagu yang kecil. Ramai yang menantikan peranti 100% skrin tetapi ini tidak mampu dilakukan kerana halangan teknologi. Kamera hadapan masih diperlukan dan ini ialah sebab mengapa Mi Mix masih mempunyai dagu.

Apple telah dianugerahkan paten untuk peranti yang mempunyai 100% permukaan skrin pada bahagian hadapan. Paten ini menunjukkan skrin peranti yang mempunyai lubang pada bahagian tertentu yang membolehkan kamera selfie, pembesar suara dan pelbagai sensor lain (seperti sensor cahaya dan pengimbas cap jari) diletakkan di belakang kaca skrin.

Adakah peranti 100% skrin akan menjadi kenyataan? Kebarangkalian ia wujud pada peranti Apple dalam masa terdekat adalah rendah. Persoalannya ialah apakah ketahanan peranti dengan skrin sepenuhnya pada bahagian hadapan. Seperti kita lihat pada Mi Mix, penggunaan skrin besar dan bezel kecil membuatkannya tidak tahan lasak seperti peranti lain di pasaran.

TIPS & ULASAN