Carian
Cerevo Hadir Dengan Kasut Untuk Realiti-Maya
January 11, 2017 Aman

Dengan populariti realiti-maya, kita sedia melihat pengenalan alat-kawalan untuknya, termasuk berbentuk senapang dan sebagainya. Selain daripada untuk kawalan tangan, Cerevo pada CES 2017 turut memperlihatkan sebuah kasut khusus untuk realiti-maya.

Taclim VR Shoe

Melalui kasut untuk realiti-maya ini, ia menawarkan sokongan haptik dalam membolehkan pengguna menikmati kesan ketika berjalan pada permainan atau aplikasi realiti-maya. Seperti biasa, ia hanya dalam bentuk prototaip buat masa ini, dan perisian yang menggunakannya juga turut perlu menyokongnya. Pembangunnya menawarkan ia dalam bentuk sokongan untuk Unity bagi memudahkan pembangun permainan mengintegrasikannya.

Selain memberikan maklumbalas haptik ketika berjalan atau berlari dalam permainan, ia juga boleh digunakan untuk mengawal gerakkan kaki – seperti menendang dalam permainan.

Taclim VR Shoe

Buat masa ini, kasut ini masih dalam bentuk prototaip, dan mungkin mengambil sedikit masa sebelum dibangunkan kepada produk akhir – sebelum ia dipasarkan.

Komen