Cari @ Amanz

Sejak akhir tahun lepas, beberapa peranti Motorola terkini telah mula memasuki pasaran tempatan. Terkini, salah satu peranti baru yang turut telah dipasarkan adalah Moto M yang hadir dengan spesifikasi pertengahan, dan telah mula dijual di pasaran Malaysia.

Lenovo Moto M hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci pada paparan resolusi penuh, dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio P15, dan dilengkapi memori 4GB RAM serta ruangan storan 32GB.

Moto M menggunakan Android 6.0 Marshmallow, dan dilengkapi kamera belakang 16-megapixel, serta kamera hadapan 8-megapixel. Seperti sejumlah peranti berasaskan MediaTek, Moto M turut dilengkapi dengan sokongan dwi-SIM.

Di Malaysia, ia telah mula dijual pada harga RM1199, dan ia hadir dengan sokongan jaminan setahun dariapda Lenovo Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd