Samsung Galaxy S7 Edge Dengan Pilihan Warna Black Pearl Kini Di Malaysia – Hadir Dengan Storan 128GB

Samsung Galaxy S7 Edge Dengan Pilihan Warna Black Pearl Kini Di Malaysia – Hadir Dengan Storan 128GB

Diterbitkan pada Jan 11, 2017 oleh .

Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran Galaxy S7 Edge dengan pilihan warna Black Pearl di Malaysia. Menariknya, versi warna ini hadir dengan pilihan storan bersaiz sehingga 128GB.

Versi “Black Pearl” ini telah diperkenalkan pada bulan Disember 2016 yang lepas, dimana ia hadir dengan rekaan panel belakang dan sisi yang menggunakan hitam berkilat.

Ciri lain yang ditawarkan adalah sama seperti apa yang terdapat di Galaxy S7 Edge lain, iaitu menawarkan sokongan kalis air, kebolehan memperluaskan storan, integrasi Samsung Pay dan juga kamera belakang 12-megapixel. Samsung Galaxy S7 Edge “Black Pearl” ini akan ditawarkan secara rasmi bermula 12 Januari ini, pada harga RM3399.

Bersama-sama dengan pengenalan peranti ini juga, Samsung Malaysia turut mengumumkan Galaxy Note 5 berstoran 64GB yang ditawarkan pada harga RM2399.


TIPS & ULASAN