Cari @ Amanz

Dua tahun yang lalu saya dianugerahkan tuhan dengan seorang puteri. Kerana isteri bekerja, beliau perlu mengenap susu untuk bekalan anak di nurseri. Apa yang saya sedari sebagai seorang ayah ialah dua jenis pam susu yang ada di pasaran. Kedua-dua pam tidak boleh digunakan secara bergerak. Si ibu perlu duduk dan bagi ibu bekerjaya ini agak membuang masa. Willow ialah pam susu pintar tanpa wayar yang boleh dikawal menggunakan aplikasi.

Kerana ia tanpa wayar, ia boleh diletakkan di dalam baju dalam dan si ibu bebas melakukan aktiviti lain sementara menanti proses pengepaman selesai. Willow boleh menjejak isipadu susu yang di pam secara langsung menerusi aplikasi. Di dalam dunia di mana kaum ibu bekerjaya, Willow memudahkan mereka untuk mengepam dengan selesa dan tanpa halangan. Pam ini akan mula dijual pada musim bunga akan datang pada harga $429 (~RM 1920) sepasang

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd