Instagram Stories Kini Mempunyai Lebih 150 Juta Pengguna Aktif – Iklan Bakal Diperkenalkan

Instagram Stories Kini Mempunyai Lebih 150 Juta Pengguna Aktif – Iklan Bakal Diperkenalkan

Diterbitkan pada Jan 12, 2017 oleh .

Instagram Stories telah diperkenalkan oleh Instagram pada bulan Ogos yang lepas – membolehkan pengguna berkongsi kemaskini semasa di sekitar mereka dalam bentuk video atau gambar, yang mana akan hilang dalam tempoh 24 jam. Kini, selang lima bulan sejak dilancarkan, Instagram mengatakan fungsi berkenaan sendiri mempunyai lebih 150 juta pengguna aktif setiap hari.

Instagram Stories

Dengan angka pengguna aktif yang sangat tinggi, semestinya pihak Instagram yang kini dimiliki oleh Facebook ingin menjana pendapatan melaluinya. Untuk tujuan berkenaan, Instagram hari ini mengumumkan pengenalan sokongan pengiklanan pada Instagram Stories.

Melalui sokongan pengiklanan berkenaan, iklan bakal dimainkan diantara satu Instagram Stories dan yang lain. Buat masa ini, pihak Instagram akan menguji sokongan pengiklanan baru ini dengan sejumlah klien terpilih, dan mungkin akan memperluaskannya tidak lama lagi.

Ini sekaligus memperlihatkan yang mana bagi anda yang kerap mengikuti perkembangan melalui Instagram Stories, anda mungkin akan dapat melihat iklan dipertontonkan melaluinya pada bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN