Sony Akan Menggunakan Skrin OLED Pada Peranti Mereka Bermula 2018

Sony Akan Menggunakan Skrin OLED Pada Peranti Mereka Bermula 2018

Diterbitkan pada Jan 12, 2017 oleh .

Tahun 2017 ialah tahun kebangkitan OLED. Skrin yang dahulunya ditemui pada peranti Samsung, OnePlus dan Nokia sahaja akan mula digunakan pada peranti pengeluar lain seperti Apple. Kos penghasilan skrin OLED yang semakin murah membuatkan ia menjadi pilihan berbanding LCD. Kebaikan bagi pengguna ialah penghasilan warna lebih cantik serta pengurangan penggunaan tenaga.

Menurut laporan akhbar Jepun Nikkan, Sony turut akan mengikut perkembangan semasa dan menggunakan OLED pada peranti keluaran pertama. Tetapi ini hanya akan dilakukan pada tahun 2018. Tiada sebab diberikan mengapa ia lambat setahun berbanding pengeluar lain. Besar kemungkinan kerana pada tahun ini dunia akan mengalami kekurangan stok OLED.

Biar lambat asalkan selamat. Kami hanya boleh berharap peranti Xperia akan masih wujud pada tahun tersebut dan kami boleh melihatnya sendiri.


TIPS & ULASAN