Carian
Aplikasi YouTube iOS Kini Menyokong Resolusi 1440P Pada Peranti Berskrin Kecil
January 12, 2017 Effi Saharudin

Skrin beresolusi 1080P kini sudah dianggap biasa pada kebanyakan peranti pintar di pasaran. Tetapi pada peranti iOS masih wujud peranti seperti iPhone 5 SE yang masih menggunakan krin 640P. Apabila video YouTube dimainkan pada peranti ini, resolusi tertinggi yang dibenarkan ialah 720P. Aplikasi YouTube untuk iOS sudahpun dikemaskini ke versi 11.49 bagi membolehkan pengguna menonton video sehingga 1440P sungguhpun pada peranti berskrin kecil.

Sungguhpun begitu bagi pada resolusi 1440P, main semula video dihadkan kepada 30 FPS sahaja pada iOS. Ini berbeza dengan sokongan 1440P 60 FPS pada peranti Android. Seperkara lagi sokongan 1440P hanya wujud pada iPhone dan tidak pada iPad. Di iPad resolusi penstriman masih dihadkan ke 1080P 60 FPS buat masa ini.

Komen