Cari @ Amanz

Facebook Live membolehkan penstriman secara langsung kepada pengguna aplikasi Facebook sejak April 2016. Ia kali pertama muncul pada tahun 2015 dan diberikan hanya kepada selebriti tertentu. Tambah menarik Facebook Live turut boleh digunakan untuk menstrim permainan Blizzard. Hari ini Facebook mengesahkan sokongan Facebook Live bagi pengguna dekstop menggunakan pelayar web.

Facebook Live

Buat masa ini fungsi ini hanya diaktifkan bagi laman Pages sahaja. Sokongan untuk akaun peribadi masih belum diumumkan buat masa ini. Dengan sokongan ini Facebook ingin memudahkan proses berkongsi Vlog kepada pengguna mereka tanpa mengira peranti yang digunakan. Fungsi ini telah lama dinantikan pengguna Facebook sejak ia diumumkan pada September tahun lalu. Seperti biasa fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd