Kemas Kini Nougat Mula Diterima Pengguna Samsung Galaxy S7 Edge Dan S7

Kemas Kini Nougat Mula Diterima Pengguna Samsung Galaxy S7 Edge Dan S7

Diterbitkan pada Jan 12, 2017 oleh .

Kemas kini ke Android Nougat mula diterima pengguna Samsung Galaxy S7 Egde dan S7 bermula hari ini. Buat masa ini Samsung memberikan kemas kini kepada peranti yang menyertai program ujian Beta yang berakhir pada penghujung bulan lalu. Saiz kemas kini bagi pengguna beta ialah sekitar 214 Megabyte. Bagi mereka yang tidak berpeluang menyertai program ini, kemas ini dipercayai akan hadir pada 17 haribulan hadapan tetapi ia akan diberikan secara berperingkat mengikut zon.

 


TIPS & ULASAN