Fitbit Dilaporkan Pernah Cuba Untuk Membeli Jawbone

Fitbit Dilaporkan Pernah Cuba Untuk Membeli Jawbone

Diterbitkan pada Jan 12, 2017 oleh .

Fitbit sejak daripada penghujung tahun lepas dilihat agak aktif dalam memperkukuhkan kedudukan mereka dalam arena peranti boleh-pakai. Mereka sedia membeli Pebble, dan baru-baru ini telah mengambil-alih Vector. Kini, laporan baru hadir mengatakan Fitbit turut pernah cuba mendapatkan satu lagi syarikat pengeluar peranti boleh-pakai popular, iaitu Jawbone.

Jawbone

Jawbone merupakan salah satu syarikat yang turut menawarkan peranti boleh-pakai, dan merupakan antara pesaing terdekat untuk Fitbit. Mereka sedia menawarkan sejumlah produk yang mempunyai permintaan tersendiri.

Dengan arena peranti boleh-pakai yang sedikit merudum akhir-akhir ini, ia boleh dikatakan Jawbone turut terkesan. Perbincangan pengambil-alihan Jawbone oleh Fitbit terhenti disebabkan oleh harga penawaran Fitbit yang tidak mencapai apa yang diinginkan oleh Jawbone.

Sehingga kini, Fitbit mengambil-alih beberapa syarikat dalam mengukuhkan kedudukan mereka, disamping mendapatkan kepakaran perisian. Ia tidak diketahui apakah perancangan pihak Fitbit sekiranya mengambil-alih Jawbone.


TIPS & ULASAN