Apple Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Siri TV Dan Filem Khusus Seperti Netflix

Apple Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Siri TV Dan Filem Khusus Seperti Netflix

Diterbitkan pada Jan 13, 2017 oleh .

Salah satu kelebihan platform penstriman video seperti Netflix adalah dimana ia menawarkan sejumlah rancangan siri televisyen dan filem yang diterbitkan khusus untuknya dan tidak terdapat pada sebarang platform lain. Kini, Apple dilihat akan turut hadir dengan penawaran lebih kurang sama – dan telah mula mencari skrip untuk siri TV yang menarik.

Ia dikatakan siri televisyen berkenaan akan ditawarkan bersama langganan Apple Music – sekaligus menjadikan ia mempunyai nilai tambah dan keunikkan tersendiri jikalau dibandingkan dengan Spotify dan lain-lain perkhidmatan penstriman muzik. Perkara ini juga secara tidak langsung memperlihatkan Apple lebih ingin bersaing dengan Spotify berbanding dengan perkhidmatan seperti Netflix.

Buat masa ini, Apple dikatakan masih sedang dalam perbincangan untuk membeli skrip atau filem – dan masih perlu melalui pelbagai fasa berbeza sebelum ia diterbitkan sepenuhnya. Apple juga dikatakan masih tidak mempunyai perancangan kukuh buat masa ini dari segi perniagaan disebaliknya.

Perancangan mengenai Apple untuk hadir dengan kandungan tersendiri atau menawarkan kandungan video telah diperkatakan sejak beberapa tahun lepas, dan mungkin dengan perkembangan arena internet dan permintaan kandungan yang lebih tinggi, mereka sudah bersedia untuk turut melihat ke arena berkenaan dengan lebih serius.


TIPS & ULASAN