Telegram Desktop 1.0 Dilancarkan Dengan Sokongan Tema

Telegram Desktop 1.0 Dilancarkan Dengan Sokongan Tema

Diterbitkan pada Jan 13, 2017 oleh .

Telegram merupakan salah satu aplikasi permesejan yang boleh dikatakan alternatif kepada WhatsApp. Mereka sedia menawarkan perisian desktop mereka kepada para pengguna sejak sekian lama, dan hari ini ia akhirnya mencapai tahap stabil pertama melalui Telegram Desktop 1.0.

Telegram Desktop

Bersama-sama dengan pengenalan Telegram Desktop 1.0, ia menyertakan beberapa ciri-ciri baru dan dikemaskini. Salah satunya adalah pada bahagian rekaan, dimana ia kini menggunakan rekaan konsisten berasaskan kepada Material Design. Disamping itu, kini Telegram turut menawarkan sokongan tema, membolehkan pengguna mengubah paparan antaramuka mengikut kesukaan mereka ataupun membuat sendiri tema tersendiri.

Bagi anda yang berminat dan aktif menggunakan Telegram Messenger, anda boleh memuat-turun Telegram Desktop 1.0 hari ini untuk Windows, Mac dan juga Linux.

Muat-Turun Telegram Desktop


TIPS & ULASAN