Nintendo Switch Akan Dijual Bermula 3 Mac 2017 – Berharga Sekitar RM1350

Nintendo Switch Akan Dijual Bermula 3 Mac 2017 – Berharga Sekitar RM1350

Diterbitkan pada Jan 13, 2017 oleh .

Nintendo hari ini telah mengadakan acara pelancaran konsol baru mereka, iaitu Nintendo Switch, dan berkongsi tarikh pelancarannya. Ia bakal mula dijual pada 3 Mac 2017 kelak, sekaligus membolehkan para peminat mendapatkan konsol hibrid mereka, dan mula memainkan permainan yang disukai melaluinya. Konsol hibrid ini akan dijual pada harga $299 iaitu sekitar RM1350 mengikut tukaran mata wang semasa.

Nintendo Switch membawakan rekaan yang boleh dihubungkan kepada televisyen melalui sebuah dock khusus, selain ia turut boleh ditanggalkan dan dimainkan secara berasingan sebagai sebuah konsol mudah-alih. Menariknya juga adalah dimana konsol ini akan menawarkan sokongan yang tidak diterhadkan untuk sesuatu negara – sekaligus membolehkan anda mendapatkannya dari mana-mana, dan memainkan sebarang permainan khusus untuknya.

Nintendo Switch

Melengkapkan Nintendo Switch adalah skrin sentuh berbentuk kapasitif, selain mana ia turut hadir dengan dua alat kawalan mudah-alih yang membolehkan anda mengawal permainan atau memainkan sesuatu permainan bersama-sama rakan lain.

Dari segi spesifikasi, Nintendo Switch hadir dengan skrin bersaiz 6.2-inci, dilengkapi paparan 720p, memori 32GB. Konsol ini menawarkan output pada resolusi 1080 apabila dihubungkan ke televisyen, selain mana menggunakan kad fizikal dinamakan GameCards untuk permainan.

Disamping itu, konsol baru ini turut akan hadir dengan sokongan Nintendo Switch Online Services, yang membolehkan anda memainkan sesuatu permainan bersama-sama rakan lain melalui atas-talian, lebih kurang seperti apa yang ditawarkan oleh Sony melalui PlayStation Plus. Seperti penyedia lain, pengguna juga akan diperlukan membuat pembayaran langganan bulanan untuk menggunakannya.


TIPS & ULASAN