Tiada HTC 11 Untuk Tahun 2017 Ini
HTC

Tiada HTC 11 Untuk Tahun 2017 Ini

Diterbitkan pada Jan 13, 2017 oleh .

HTC pada minggu ini telah memperkenalkan peranti baru dibawah keluarga HTC U, dimana melaluinya mereka memfokuskan kepada sokongan kecerdasan buatan yang membantu pengguna dalam melakukan sejumlah tugasan. Dibawah keluarga berkenaan, dua peranti yang telah diperkenalkan adalah HTC U Ultra dan juga HTC U Play.

Walaubagaimanapun, mungkin ramai yang sedang menantikan telefon pintar flagship daripada HTC, iaitu kemaskini kepada HTC 10 sebelum ini.

Bercakap mengenainya melalui temuramah ringkas bersama Engadget, pihak HTC mengatakan tiada HTC 11 untuk tahun ini.

HTC mengatakan ia tidak akan dipanggil sebegitu untuk tahun ini – sekaligus membuatkan pelbagai persoalan hadir, sama ada akan ada telefon pintar flagship daripada mereka, ataupun HTC U Ultra akan memainkan peranan berkenaan.

Mungkin kita akan mendapat jawapan untuknya dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN