Huawei P8 Lite (2017) Hadir Dengan Menggunakan Android 7.0 Nougat

Huawei P8 Lite (2017) Hadir Dengan Menggunakan Android 7.0 Nougat

Diterbitkan pada Jan 13, 2017 oleh .

Huawei P8 Lite telah hadir awalnya pada tahun 2015 yang lepas, dimana ia menawarkan spesifikasi pertengahan, dengan sedikit elemen daripada rekaan Huawei P8 utama. Kini, sedikit mengejutkan, apabila pihak Huawei hari ini telah hadir dengan Huawei P8 Lite versi 2017.

Huawei P8 Lite (2017) ini hadir dengan cip pemprosesan Kirin 655, dilengkapi memori 3GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Melengkapkan ia adalah kamera belakang 12-megapixel dan juga kamera hadapan 8-megapixel. Huawei P8 Lite (2017) ini menggunakan Android 7.0 Nougat, serta dilengkapi antaramuka EMUI.

Berbanding versi asal, ia kini menawarkan paparan 1080p, cip pemprosesan lebih berkuasa, selain penambah-baikkan pada kamera hadapan.

Dari segi rekaan, ia dilihat sedikit menyerupai peranti daripada keluarga Honor. Ia tidak diketahui mengapakah pihak Huawei hadir dengan penawaran peranti baru ini, apatah lagi dengan desas-desus berkenaan Huawei P10 telah mula kedengaran sejak akhir-akhir ini.

Peranti ini dikatakan mungkin akan dipasarkan di rantau Eropah tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN