Sebuah Lagi Imej Pengolokan Samsung Galaxy S8 Tertiris

Sebuah Lagi Imej Pengolokan Samsung Galaxy S8 Tertiris

Diterbitkan pada Jan 13, 2017 oleh .

Awal minggu ini sebuah imej pengolokan (mock up) Samsung Galaxy S8 tertiris ke arena web dengan kerangka yang direka oleh Ghostek. Kerangka Ghostek ini menutupi sebahagian besar rekaan peranti yang didakwa adalah Galaxy S8. Kini sebuah lagi imej pengolokan tertiris lengkap dengan kerangka yang lebih nipis.

Rekaan imej terbaru ini konsisten dengan imej Ghostek. Skrin hampir kesemuanya pada bahagian hadapan dan tiada lagi butang home serta navigasi kapasitif. Tiada dwi-kamera digunakan dan sistem imbasan nadi serta flash diubah ke atas lensa kamera. Kesemua butang kawalan terletak pada sisi kiri. Kebenaran hanya akan diketahui di MWC Februari hadapan. Samsung mungkin memperlihatkan S8 disana sebelum penjualan bermula pada bulan April.


TIPS & ULASAN