Chrome 56 Akan Menyertakan Sokongan Memainkan Audio FLAC – Dijangka Dilancarkan Minggu Hadapan

Chrome 56 Akan Menyertakan Sokongan Memainkan Audio FLAC – Dijangka Dilancarkan Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Jan 13, 2017 oleh .

Google Chrome merupakan salah satu pelayar web popular, dan ia menyokong sejumlah format fail melaluinya – salah satu sebabnya adalah kerana Google turut mempunyai sistem operasi berasaskan kepadanya, dinamakan sebagai Chrome OS. Terkini, melalui versi pembangunan Chrome, Google dilihat turut menambah sokongan memainkan audio berformat FLAC melaluinya secara terbina.

Ini bermakna, pengguna boleh memainkan audio FLAC terus pada pelayar web Chrome, tanpa memerlukan sebarang perisian tambahan. Bagi yang tidak mengenali akan format audio FLAC, ia menawarkan kualiti audio yang tinggi, dan pada masa yang sama menawarkan saiz fail yang jauh lebih kecil berbanding fail asal.

Sokongan untuknya telah sedia hadir pada Chrome 56 yang kini ditawarkan dalam saluran beta. Bagi anda yang tidak menggunakan saluran pembangunan beta, anda mungkin boleh nantikan sokongan untuknya ditawarkan secara rasmi untuk Chrome melalui kemaskini yang dijangka hadir minggu hadapan.


TIPS & ULASAN