Honor 8 Menerima Kemaskini Nougat 16 Januari Ini

Diterbitkan pada Jan 14, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kemas kini Android Nougat untuk Honor 8 pada asalnya dilaporkan akan hadir pada bulan Februari. Tetapi sekiranya anda membeli peranti dengan dwi-kamera ini di Jepun, ia bakal hadir beberapa minggu lebih awal. Honor Jepun mengesahkan kemas kini akan diberikan bermula 16 Januari ini.

Proses kemas kini akan diberikan secara berperingkat di negara matahari terbit selama sebulan. Saiz muat turun disahkan sebesar 1.97 Gigabyte. Pelancar EMUI 4.0 akan digantikan dengan EMUI 5.0 yang membawakan talam aplikasi serta fungsi. Peranti pertama dengan EMUI 5.0 ialah Huawei Mate 9.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami