Qualcomm Menyangkal Dakwaan Peranti Di Reruai CES Mereka Ialah Nokia 8

Qualcomm Menyangkal Dakwaan Peranti Di Reruai CES Mereka Ialah Nokia 8

Diterbitkan pada Jan 14, 2017 oleh .

Semalam beberapa laman teknologi melaporkan rekaan untuk peranti Nokia 8 tertiris. Mereka mendakwa peranti demo yang digunakan pada reruai Qualcomm di CES ialah Nokia 8. Peranti tersebut menunjukkan kemampuan sistem EIS cip Snapdragon 835. Berdasarkan rekaan lensa kamera, ia mempunyai rekaan seakan Nokia Lumia 1020 sekaligus menimbulkan spekulasi ia peranti kelas tinggi yang bakal dilancarkan Nokia kelak.

Pihak Qualcomm segera mengeluarkan kenyataan menyangkal dakwaan ini. Mereka menegaskan rekaan kesemua peranti demo di reruai adalah rekaan dalam dan digunakan setiap tahun. Nokia 8 berkemungkinan besar dilancarkan di MWC Februari ini dengan pemproses Snapdragon 835, RAM sebesar 6 Gigabyte dan kamera utama 24-Megapixel. Ini ialah spesifikasi yang jauh lebih tinggi berbanding Nokia 6 yang hanya menggunakan Snapdragon 430.


TIPS & ULASAN