Motorola Turut Menjadualkan Acara Pada 26 Februari Bersempena MWC 2017

Motorola Turut Menjadualkan Acara Pada 26 Februari Bersempena MWC 2017

Diterbitkan pada Jan 14, 2017 oleh .

Beberapa syarikat sedia menjadualkan acara media pada 26 Februari 2017 ini, dan terkini, pihak Motorola yang dimiliki oleh Lenovo turut melakukan perkara sama. Mereka telah mula menghantar beberapa jemputan media untuk media, memperlihatkan mereka akan melancarkan sebuah peranti baru pada acara berkenaan.

Moto MWC 2017

MWC 2017 akan bermula pada 27 Februari 2017 kelak, dan menjadi kebiasaan untuk pelbagai jenama melancarkan dan memperkenalkan peranti baru mereka beberapa hari sebelumnya.

Buat masa ini, ia masih menjadi tanda tanya sama ada pihak Lenovo akan memperkenalkan peranti berspesifikasi tinggi, atau pertengahan. Mungkin kita akan turut melihat beberapa Moto Mods baru diperlihatkan Motorola pada acara berkenaan kelak.


TIPS & ULASAN