Samsung Galaxy C7 Pro Dilancarkan Dengan Sistem Penyejukan Cecair

Samsung Galaxy C7 Pro Dilancarkan Dengan Sistem Penyejukan Cecair

Diterbitkan pada Jan 14, 2017 oleh .

Samsung Galaxy C9 Pro dilancarkan di China tahun lalu dengan pemproses Snapdragon 653. Kewujudan Samsung Galaxy C7 Pro sudah didengari sejak pertengahan bulan lalu dan ia akhirnya dilancarkan di China. Peranti ini mengekalkan rekaan yang sama dengan C9 Pro lengkap dengan tiga garisan antena pada panel belakang. Ia dilengkapi skrin 5.7″ SAMOLED HD Penuh, diperkasakan pemproses Snapdragon 626, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte.

Kamera hadapan dan belakang sebesar 16-Megapixel f/1.9. Bateri sebesar 3300 mAh membekalkan kuasa dengan pengecasan pantas menggunakan port USB-C. Ia turut dilengkapi pembesar suara stereo seperti C9 Pro dan hadir dengan bicu audio 3.5mm. Sistem penyejukan cecair disertakan bagi memastikan kelancaran peranti. Samsung Galaxy C7 Pro akan mula dijual di China 16 Januari ini pada harga RMB 2799 (~RM 1810) dengan pilihan warna hitam, emas dan merah jambu.


TIPS & ULASAN