WhatsApp Menerbitkan Perisian WhatsApp Desktop Di Mac App Store

WhatsApp Menerbitkan Perisian WhatsApp Desktop Di Mac App Store

Diterbitkan pada Jan 14, 2017 oleh .

Pada bulan Mei 2016 lepas, WhatsApp secara rasminya telah memperkenalkan perisian WhatsApp Desktop untuk Windows dan Mac. Ketika itu, sama seperti pengguna Windows, untuk pengguna Mac, mereka masih perlu memuat-turunnya secara manual dalam bentuk fail DMG, dan memasangnya pada desktop mereka – sekaligus membolehkan mengikuti mesej dari WhatsApp di telefon, terus pada komputer mereka.

WhatsApp Desktop

Kini, selain menawarkannya dalam bentuk fail DMG berasingan, pihak WhatsApp dilihat turut telah menerbitkan WhatsApp Desktop di Mac App Store.

Ini bermakna, pengguna boleh memuat-turun klien desktop untuk WhatsApp ini daripada kedai aplikasi Mac, dan sekaligus memudahkan lagi pengguna menerima kemaskini pada versi-versi akan datang.

Bagi anda yang menggunakan komputer berasaskan sistem operasi macOS, mungkin boleh memuat-turun WhatsApp Desktop daripada Mac App Store hari ini, ataupun turut mendapatkan fail DMG untuknya daripada laman rasmi WhatsApp seperti sebelum-sebelum ini.

Muat-Turun WhatsApp Desktop di Mac App Store


TIPS & ULASAN