Cari @ Amanz

Setiap tahun, pembangun perisian antivirus dan sekuriti akan memperkenalkan versi baru. Terkini, untuk 2017, pihak Avast telah pun memperkenalkan produk sekuriti dan antivirus AVG untuk 2017 meliputi AVG Antivirus FREE, AVG Internet Security, dan juga AVG TuneUp.

Avast sebelum ini telah mengambil-alih AVG pada Julai 2016 yang lepas, pada nilai mencapai sehingga RM5.24 bilion. Melalui pengambil-alihan berkenaan, kedua-dua syarikat kini beroperasi dibawah satu payung – membuatkan penawaran dan kemaskini sekuriti mereka jauh lebih baik berbanding sebelumnya dengan gabungan kepakaran.

Avast AVG 2017

Melalui versi baru ini, AVG Antivirus dan juga AVG Internet Security – kedua-duanya menggunakan pengimbas berasaskan awan daripada Avast, iaitu CyberCapture. Versi percuma AVG Antivirus juga kini menawarkan fungsi mod pasif, yang membolehkan pengguna menjalankan dua produk sekuriti pada PC dalam waktu yang sama. Disamping itu, fungsi Pushed Priority Update yang khusus untuk pengguna berbayar sebelum ini, kini turut ditawarkan untuk pengguna versi percuma.

Melalui AVG Internet Security pula, sejumlah fungsi disertakan, termasuk perlindungan daripada pengodam, melindungi data peribadi, serta perlindungan daripada pembayaran dan scam.

Dan akhir sekali, AVG TuneUp pula kini menawarkan fungsi kemaskini perisian secara automatik – membolehkan pengguna kekal menggunakan versi terkini perisian popular seperti Adobe Flash, Skype, Chrome dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan produk AVG, mungkin boleh menaik-taraf perisian anda kepada versi terkini dan menikmati pelbagai ciri-ciri baru yang dibawakan melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd