Cari @ Amanz

Microsoft akhirnya telah mengesahkan secara rasminya yang mana mereka bakal menyertakan fungsi Game Mode pada Windows 10 Creators Update yang akan datang dalam beberapa bulan lagi. Fungsi berkenaan bakal diuji dikalangan pengguna Windows Insider tidak lama lagi.

Melalui Game Mode pada Windows 10, ia akan menawarkan prestasi yang dipertingkatkan khusus untuk permainan video – dan menjadikan permainan video sebagai keutamaan tertinggi berbanding pelbagai pemprosesan lain. Game Mode akan meliputi bukan sahaja permainan yang ditawarkan melalui Windows Store, tetapi juga permainan berbentuk Win32.

Info lanjut mengenai Game Mode ini masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini. Pengenalan fungsi ini semestinya digemari ramai pemain video di komputer – apatah lagi dengan industri e-sukan yang semakin meletup dari hari ke hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd