Cari @ Amanz

Yes dan Proton sedia bekerjasama sebelum ini, dimana Yes telah menawarkan Yes Huddle dengan pakej data untuk sejumlah pembeli kenderaan baru Proton. Kini, untuk 2017, sekali lagi Yes dan Proton bekerjasama, dan kini mereka menawarkan telefon pintar Yes Altitude secara percuma kepada pembeli kereta Proton, selain pelan data percuma selama setahun.

Yes Proton

Yes Altitude adalah sebuah telefon pintar yang dikhususkan untuk penggunaan melalui rangkaian Yes 4G, dan ia telah dilancarkan beberapa tahun lepas. Melalui kerjasama dengan pihrak Proton ini, pelanggan Proton baru akan berpeluang menerima telefon pintar Yes Altitude ini secara percuma – dan hadir dengan pelan data sehingga 16GB sebulan untuk selama 12 bulan dari tarikh pendaftaran.

Promosi terbaru ini ditawarkan untuk para pelanggan kenderaan Proton yang menggunakan variasi Eksekutif dan ke atas. Yes turut mengatakan ini adalah promosi masa terhad, dan pelanggan terawal akan menerimanya. Pelanggan akan menerima telefon Yes Altitude apabila mereka mendapatkan kenderaan mereka – dan wakil jualan Proton akan membantu dalam mengaktifkan talian berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd