Samsung Akan Berkongsi Punca Letupan Galaxy Note 7 Pada 23 Januari Hadapan (Dikemaskini)

Samsung Akan Berkongsi Punca Letupan Galaxy Note 7 Pada 23 Januari Hadapan (Dikemaskini)

Diterbitkan pada Jan 20, 2017 oleh .

Kita semakin hampir kepada penghujung masalah letupan yang melanda Samsung Galaxy Note 7. Sekiranya anda baru tersedar dari koma dan tiak mengetahui apa yang telah berlalu, peranti ini ditarik semula jualannya pada Oktober lalu kerana kejadian letupan berlaku secara rambang.  Samsung mengesahkan laporan punca letupan akan diumumkan jam 10 pagi, 23 Januari waktu Korea Selatan.

Samsung Galaxy Note 7Samsung akan melakukan penstriman di atas talian secara langsung bagi mengagumkan penemuan mereka bersama dengan beberapa makmal bebas di Korea Selatan. Di dalam majlis yang sama mereka akan berkongsi langkah-langkah yang telah diambil bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali.Di dalam laporan sebelum ini Reuters ada menyebut sumber letupan adalah bateri yang mempunyai cela dari segi rekabentuk. Apakah kecelaan tersebut dan mengapa ia menyebabkan letupan akan didedahkan Isnin hadapan.

 


TIPS & ULASAN