Cari @ Amanz

Rekaan PC berkuasa tinggi biasanya kelihatan seperti sebuah produk fiksyen sains berteknologi makhluk asing. Sejak dekad 90an, estetik agresif dengan binaan lampu neon menjadi rekaan default PC yang mensasarkan golong pemain komputer tegar. Volta V ialah sebuah PC berkuasa tinggi tetapi direka untuk kelihatan kemas dan bergaya.

Ia berbentuk kotak dengan kemasa kayu pada bahagian luar. Rekaannya mungkin minimalis tetapi dilengkapi pemproses Intel Core i5/i7, RAM sehingga 16 Gigabyte, storan SSD  sehingga 500 Gigabyte dan pilihan kad grafik Nvidia GeForce GTX 1050/1080. Dengan ketinggian 5.5″, ia mempunya rekaan yang kompak untuk diletakkan di ruang tamu. Harga jualan PC yang cukup bergaya ini bermula dari $1999 (~RM 8950).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd