257 Minit Sehari Ialah Had Menggunakan Peranti Oleh Remaja Untuk Menjaga Kesihatan Mental

257 Minit Sehari Ialah Had Menggunakan Peranti Oleh Remaja Untuk Menjaga Kesihatan Mental

Diterbitkan pada Jan 16, 2017 oleh .

Generasi masa sekarang ialah generasi celik IT. Mereka sudah menggunakan peranti pintar sejak di bangku sekolah rendah dan besar kemungkinan lebih mahir menggunakan komputer berbanding ibu bapa mereka. Kerana mereka generasi pertama dengan akses kepada peranti 24/7, impaknya kepada kesihatan mental masih sedang dikaji. Menurut kajian terkini Universiti Oxford, jumlah masa optimum penggunaan peranti ialah 257 minit sehari bagi golongan remaja.

Mereka menemuramah 125000 remaja berusia 15 tahun dan mengumpul data mengenai tabiat penggunaan peranti mereka. Penggunaan peranti didapati meningkatkan meningkatkan kreativiti, kemahiran komunikasi dan pembangunan mental. Tiada kesan negatif dikesan selagi ia dihadkan selama 257 minit sehari. Pada waktu yang sama had untuk permainan video pula ialah 1 jam 40 minit manakala untuk telefon pintar sahaja ialah dua jam sehari.

Kepada golongan ibu bapa anda masih perlu proaktif dalam pemantauan penggunaan peranti anak-anak anda. Kajian ini mungkin memberikan masa penggunaan optimum peranti tetapi sekiranya ia masih tidak digunakan untuk aktiviti berfaedah, penggunaan selama seminit sekalipun adalah berbahaya. Dunia mungkin sudah berubah tetapi tanggungjawab ibu bapa untuk mengawasi anak masih lagi sama seperti dahulu.

 


TIPS & ULASAN