Cari @ Amanz

Bagi anda yang sering membuat pengurusan projek secara berkumpulan melalui atas-talian, salah satu aplikasi yang mungkin tidak asing untuk anda adalah Trello. Setelah beroperasi beberapa tahun, kini, Trello mengumumkan mereka akan diambil-alih oleh Atlassian Corp.

Atlassian Corp merupakan pembangun disebalik sejumlah perisian dan aplikasi memfokuskan kolaborasi, termasuk Jira dan HipChat. Mereka bersetuju untuk mengambil-alih Trello pada nilai mencapai $425 juta (~RM1.89 bilion).

Trello

Trello menawarkan fungsi pengurusan tugasan dan sesuatu projek lebih kurang seperti menggunakan post-it-notes pada papan putih – tetapi dalam bentuk digital. Ia dikatakan mempunyai sekitar 19 juta pengguna, dan Trello menawarkan perkhidmatan berbayar serta percuma untuk pengguna.

Trello sebelum ini telah hadir pada 2014, dan mempunyai sekitar 100 orang pekerja. Ia telah menerima suntikan dana sebanyak $10 juta sebelum ini, dan selepas pengambil-alihan ini, jenama Trello akan terus dikekalkan seperti biasa – termasuk penawaran versi percuma. Untuk Atlassian, pengambil-alihan ini dilihat akan terus melengkapkan barisan produk mereka yang ditawarkan kepada pengurus projek dan digunakan secara meluas dalam arena perusahaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd