Carian
Kerajaan Merancang Untuk Menyertakan Mikrocip Pada Nombor Plat Kenderaan
January 16, 2017 Aman

Kerajaan sedia merancang beberapa perkara untuk pengangkutan, seperti penggunaan RFID pada pelekat cukai jalan dan sebagainya. Terkini, melalui laporan MalayMail, kerajaan diperkatakan sedang turut merancang untuk menyertakan mikrocip pada nombor plat kenderaan.

Melalui integrasi mikrocip pada nombor plat kenderaan, beberapa kebaikkan dijangka diperolehi, termasuk pengurangan kecurian kenderaan, mengurangkan pengklonan kenderaan, dan pada masa yang sama turut mengurangkan penggunaan nombor plat yang tidak mengikut piawaian.

Mikrocip yang diintegrasikan pada nombor plat kenderaan ini dijangka menyertakan sejumlah informasi, termasuk antaranya adalah informasi mengenai pemilik kenderaan, maklumat kenderaan, maklumat enjin, dan juga nombor casis.

Dengan penggunaan mikrocip pada nombor plat ini, pengeluar dan penggunaan nombor plat yang tidak mengikut piawaian dijangka akan dikurangkan secara drastik – selain pegawai akan dilengkapkan dengan pembaca khusus untuk memudahkan pembacaan informasi dan mengenal-pasti sesuatu kenderaan.

Sejak 2013 hingga 2016 lepas, ia dikatakan sebanyak 184,664 pemandu telah disaman disebabkan penggunaan nombor plat yang tidak mengikut piawaian.

Komen