WWE 2K17 Untuk PC Akan Akhirnya Tiba 7 Februari INI
Artikel Berkaitan

WWE 2K17 Untuk PC Akan Akhirnya Tiba 7 Februari INI

Diterbitkan pada Jan 16, 2017 oleh .

“Hiburan sukan” gusti amat popular pada penghujung kurun ke-20. Ahli gusti seperti The Rock, Stone Cold Steve Austin dan Undertaker dipandang seperti adiwira oleh peminat. Sejak kebelakangan ini kepopularannya mungkin sudah menurun tetapi permainan yang dihasilkan masih lagi popular. WWE 2K17 muncul pada konsol pada Oktober tahun lalu dan akhirnya akan tiba pada PC tahun ini.

Bagi pengguna PC ia secara rasmi akan hadir pada 7 Februari hadapan dengan kesemua DLC yang telah muncul pada konsol boleh dimuat turun. Pra-pesan boleh dilakukan sekarang di Steam ataupun 2K Store dengan potongan harga sehingga 15%. Kepada yang berminat spesifikasi PC adalah seperti di bawah.

Spesifikasi WWE 2K17
Pemproses Paling Minimum Intel Core i5-3550

AMD FX 8150

Pemproses Disarankan Intel Core i7 3770

AMD FX-8350

Kad Grafik Paling Minimum GeForce GTX 660

Radeon HD 7770

Kad Grafik Disarankan Nvidia GPU GeForce GTX 770

AMD GPU Radeon R9 290

RAM Paling Minimum 4 GB
RAM Disarankan 8 GB
Ruang Pemasangan 50 GB
Sistem Operasi Windows 7 64bit / 8.1 64bit / 10 64bit

TIPS & ULASAN