Cari @ Amanz

Peranti mudah alih yang paling murah sekalipun di pasaran masih lagi boleh dianggap sebagai pembelian yang mewah. Di Malaysia majoriti pengguna membeli peranti baru setiap 18 bulan. Sempena sambutan Tahun Baru Cina, ZTE mengadakan pertandingan Bargain King. Melalui pertandingan ini sebuah ZTE Axon 7 boleh dimiliki pada harga RM 7 manakala Axon Blade V7 Max pada harga RM 1.

Anda hanya perlu meminta sanak saudara dan rakan untuk membantu anda ‘menawar’ dan anda berpeluang memenangi antara dua peranti pintar ini dengan harga yang rendah. Harga jualan Axon 7 ialah RM 1999 manakala Blade V7 Max pula ialah RM999. Bagi yang menyukai peranti pada tawaran harga rendah ini pertandingan yang pasti tidak boleh dilepaskan. Untuk maklumat lanjut pertandingan Bargain King, sila layarai pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd