Cari @ Amanz

Malaysia Airlines telah sedia mengumumkan hackathon tersendiri yang bakal diadakan pada bulan Februari kelak. Kini, selain Malaysia Airlines, pihak AirAsia turut telah mengumumkan penganjuran hackathon mereka yang dinamakan Airvolution dan bakal diadakan pada bulan Mac 2017 ini.

Melalui hackathon yang dianjurkan oleh AirAsia ini, mereka turut ingin menyelesaikan masalah menggunakan sokongan digital – dan mereka bakal mengumumkan tema berkaitan yang akan dipertandingkan pada hari acara berkenaan. Antaranya kemungkinan tema adalah termasuk bagaimana mengurangkan masa penumpang menunggu, bagaimana menawarkan harga yang murah, selain bagaimana mengkategorikan pengguna berdasarkan kepada profil sosial mereka.

AIRVOLUTION 2017 ini akan turut disokong Microsoft, dan akan diadakan pada 18 Mac dan 19 Mac akan datang ini. Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan minat dan menyertainya – sekaligus berkongsi idea anda dalam lebih mendigitalkan penerbangan tambang murah ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd