Xiaomi Mi 6 Mungkin Hadir Dengan Tiga Versi Berbeza

Xiaomi Mi 6 Mungkin Hadir Dengan Tiga Versi Berbeza

Diterbitkan pada Jan 17, 2017 oleh .

Mobile World Congress 2017 akan berlangsung bulan hadapan. Beberapa pengeluar seperti Nokia dan Lenovo telahpun mengesahkan kehadiran mereka dengan pelancaran peranti baru di acara ini kelak. Xiaomi juga dijangka melancarkan Xiaomi Mi 6 mereka kelak. Kini kedengaran ura-ura peranti tersebut ialah Mi 6 dengan tiga versi berbeza.

Versi pertama diperkasakan pemproses MediaTek Helio X30 dengan harga jualan RMB 1999 (~RM 1300) . Versi kedua diperkasakan pemproses Snapdragon 835 dan dijual pada harga lebih mahal RMB 2499 (~RM 1620) . Akhir sekali ialah versi paling premium diperkasakan pemproses Snapdragon 835 dan skrin dwi-lengkung. Versi ini dijual pada harga RMB 2999 (~RM 1950).


TIPS & ULASAN