Antutu berkongsi maklumat mengenai kepopularan peranti di beberapa pasaran dunia. Kepopularan di sini ialah mengikut kekerapan peranti diuji menggunakan aplikasi penanda aras mereka. Di Malaysia menarik sekali Xiaomi Redmi Note 3 adalah yang paling popular diikuti oleh Samsung Galaxy S7 Edge dan Galaxy Note 5.
Peranti lain yang memasuki senarai ialah Asus Zenfone 2, Redmi Note 2 dan Samsung Galaxy Note 3. Di pasaran global pula sekali lagi Redmi Note 3 di tangga teratas diikuti oleh Mi5 dan Galaxy S7 Edge. Adakah peranti yang anda gunakan termasuk di dalam senarai keluaran Antutu ini?