Cari @ Amanz

Pembangunan peranti dengan skrin boleh lipat Samsung bukan lagi rahsia. Project Valley sudah bertahun dalam pembikinan dan tahun ini ia dijangka akan dilancarkan. Beberapa paten yang diperlihatkan menunjukkan lipatan skrin ke atas bagi menghasilkan peranti dengan skrin memanjang. Sebuah paten baru muncul di arena web dan menunjukkan telefon 5″ berubah menjadi sebuah tablet 7″.

Paten peranti baru ini muncul di dalam pangkalan data Pejabat Paten dan Tanda Dagang Amerika Syarikat. Telefon pintar dengan engsel boleh dibuka untuk mengubahnya menjadi sebuah tablet. Engsel yang dipatenkan ini mempunyai rekaan yang berbeza dari beberapa paten sebelum ini. Kekurangan pada rekaan ini ialah kamera belakang hanya boleh digunakan di dalam mod tablet. Samsung dijangka melancarkan peranti skrin lipat pertama mereka pada suku ke-tiga 2017. Pengeluar lain turut dipercayai akan melancarkan versi mereka tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd