Cari @ Amanz

Samsung berusaha untuk merahsiakan rekaan Samsung Galaxy S8 mereka. Tetapi semakin hampir kita kepada tarikh pelancarannya semakin banyak maklumat mula tertiris. Hari ini ukuran untuk dua versi peranti ini tertiris ke arena web melalui syarikat yang menghasilkan kerangka. Samsung Galaxy S8 mempunyai ukuran 140.14 x 72.20 x 7.30 mm dengan skrin 5.7″. Ini menjadikannya lebih kecil berbanding Galaxy S7.

Samsung Galaxy S8 Plus pula mempunyai ukuran 152.38 x 78.51 x 7.94 mm dengan skrin sebesar 6.3″. Ini menjadikannya lebih besar berbanding Galaxy S7 Edge tetapi lebih kecil berbanding Google Pixel XL. Kedua-dua model dipercayai menggunakan skrin dwi-lengkung. Tiada model skrin rata akan dihasilkan tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd