Rovio Membuka Studio Baru Di London Bagi Membangunkan Permua MMO

Rovio Membuka Studio Baru Di London Bagi Membangunkan Permua MMO

Diterbitkan pada Jan 17, 2017 oleh .

Angry Birds dan Amazing Alex ialah dua permua yang dihasilkan oleh studio terkemuka Rovio. Bagi mengembangkan portfolio mereka, Rovio mengumumkan pembukaan studio pembangunan permainan komputer mereka di London. Studio baru ini akan menumpukan perhatian kepada pembangunan permua MMO baru yang masih belum diumumkan.

Kepopularan Angry Birds telah banyak menurun sejak mencapai kemuncak pada tahun 2009. Sebanyak 18 permainan Angry Birds telah dihasilkan dan pembangunan MMO ini adalah bagi mencari harta intelek baru yang mampu menjana pendapatan yang lebih tinggi. Jika dilihat pada carta permua popular sekarang, sebahagian besar adalah MMO yang menggunakan model freemium. Bercakap tentang permua apakah permua yang dimainkan dengan kerap di peranti anda? Kami masih ketinggalan dan menghabiskan masa dengan Fallout Shelter.


TIPS & ULASAN