Cari @ Amanz

Elon Musk, Peter Thiel, Jerry Yang, Sergey Brin, Larry Page dan Sundar Pichai ialah antara alumni Stanford University yang menjadi nama besar di dalam dunia teknologi. Idea mengubah dunia seperti Google dan Yahoo juga boleh mengesan asal usulnya dari universiti yang sudah wujud sejak 1885. Ia terus menjadi universiti yang menjadi pelopor kepada teknologi baru dan kini berjaya menghasilkan bateri yang mampu memadamkan api apabila terbakar.

Barisan saintis di Stanford telah menghasilkan bateri Li-Ion dengan sistem pemadam api terbina. Ini dilakukan dengan meletakkan bahan pemadam apiĀ  triphenyl phosphate (TPP) di dalam bateri. TPP disimpan di dalam silinder polimer mikroserat yang cair pada suhu 320 darjah Celsius. Bahan TPP yang dibebaskan ke dalam elektrolit bateri dan sekaligus menghentikan tindak balas kimia yang mengakibatkan kebakaran pada bateri Li-Ion. Buat masa ini prototaip berjaya diuji pada bateri bulat berbentuk kepingan duit yang digunakan pada jam tangan.

Pihak Stanford masih membangunkan teknologi ini bagi menghasilkan bateri Li-Ion yang selamat di masa hadapan. Masalah kebakaran akibat bateri yang melanda Samsung Galaxy Note 7, papan apung dan rokok elekronik mungkin menjadi sejarah lampau dengan penggunaan teknologi baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd